Kekalkan Gaya Hidup Yang Sihat Bersama BARDOX BOOMBA ENZIM!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang mengidamkan badan yang sihat, kulit yang cantik serta tubuh yang langsing. Tetapi bagaimana anda dapat mencapai matlamat tersebut? Sudah tentunya anda perlu memastikan gaya hidup yang sihat terlebih dahulu.

 

Hal ini tidak bermakna amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan secara automatik. Situasi seperti beban kerja yang bertimbun dan jadual harian yang terlalu sibuk, tidak hairanlah masa makan dan rehat menjadi tertunggang balik. Stres mula datang, malah badan juga sentiasa berasa lemah, letih dan lesu.

Anda rasa anda sedang berada dalam situasi tersebut?

 

Detoks sajalah, ramai yang kata.

 

Akibat gaya hidup yang tidak sihat, toksin mudah terkumpul dalam badan. Dengan detoks (penyingkiran toksin dari badan), masalah dari segi penghadaman, aliran darah, kulit yang kusam dan sebagainya dapat diselesaikan dengan mudah.

Akan tetapi, detoks juga mempunyai cabaran-cabarannya…

 

Dilemma Dalam Menghadapi Cabaran Detoks

Tidak mempunyai masa rehat dan tidur yang mencukupi boleh menyumbang kepada pengumpulan toksin dalam badan. Sumber: everydayhealth.com

 

 

  • Makan tidak mengikut masa
  • Tidak tidur secukupnya
  • Makan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak seimbang
  • Merokok
  • Minum minuman yang tinggi kandungan gula atau alkohol

 

 

Apakah kesan pengumpulan toksin dalam badan?

Anda mungkin berasa badan kerap letih dan kulit kelihatan kusam pada luaran. Kalau menyentuh pasal keadaan badan dalaman, toksin mudah melemahkan sistem ketahanan badan dan mungkin merosakkan organ tubuh seperti hati dan ginjal jika jumlah toksin yang terlampau banyak gagal disingkirkan.

Jumlah toksin yang tinggi dalam badan akan melemahkan daya ketahanan badan anda. Sumber: pennmedicine.org

 

Dan antara golongan yang paling mudah terjejas dengan kadar toksin yang tinggi adalah:

 

  • Orang yang berat badannya tidak terkawal atau terlalu tinggi
  • Orang yang sering kerja tanpa rehat yang mencukupi
  • Orang yang suka minum minuman keras atau kandungan gula yang tinggi dan bahan diproses
  • Orang yang suka tidur lewat

 

Memang detoks itu sangat penting untuk kesihatan kita. Akan tetapi, anda mungkin tidak dapat melakukan pembuangan toksin dari badan secara konsisten disebabkan gaya hidup sedia ada.

 

Anda tidak perlu mengambil diet yang terlalu ekstrem unruk mengurangkan berat badan. Sumber: euyansang.com.my

 

Bukan itu sahaja, anda tidak tahu cara nak bermula. Maklumlah, kalau nak mula detoks, rasa seperti banyak ilmu dan benda yang tidak diketahui, topik detoks ini perlu dipelajari dan diselidik lagi…

 

Jangan bimbang, kami ada berita baik untuk anda – cubalah BARDOX BOOMBA ENZIM!

 

 

BARDOX BOOMBA ENZIM Penyelamat Anda!

BARDOX BOOMBA ENZIM, salah satu produk detoks dari BARDOX. Sumber: bardox.co

 

Anda mungkin pernah dengar tentang BOOMBA ENZIM, salah satu produk dari BARDOX Malaysia. BARDOX adalah jenama produk pemakanan kesihatan dan kecantikan, dan BOOMBA ENZIM merupakan produk jenis minuman detoks yang bertujuan menyingkirkan toksin dari badan untuk mengekalkan kesihatan diri.

 

Dipanggil “Raja Penguraian”, produk ini dibuat daripada buah-buahan dan ekstrak herba tradisional penuh khasiat dan adalah dalam bentuk minuman untuk kemudahan pengguna menjalani aktiviti mengeluarkan toksin.

 

 

Manfaat Minuman BARDOX BOOMBA ENZIM

Minuman ini berfungsi mengurai dan mencerna makanan kepada bahan yang lebih mudah diserap dalam tubuh kita, justeru mempercepatkan pemulihan tenaga fizikal. Di samping menggalakkan proses metabolisme untuk membantu mencegah isu obesiti atau kegemukan, BARDOX BOOMBA ENZIM diperkaya dengan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam badan untuk memastikan badan anda sentiasa sihat.

Minuman  BOOMBA BARDOX diperkaya dengan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam badan. Sumber: bardox.co

 

Antara kebaikan lain yang anda boleh dapat dari BARDOX BOOMBA ENZIM adalah:

 

  • Mengurangkan isu edema
  • Menambah baik imuniti atau daya ketahanan badan
  • Melegakan gastroenteritis
  • Melindungi hati dari masalah seperti radang akibat pengambilan alkohol
  • Membaik pulih cahaya kulit
  • Memudahkan penukaran tenaga dari makanan
  • Memudahkan penghadaman makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak
  • Menggalakkan kadar metabolisme dalam badan
  • Menyingkirkan toksin dan lemak dari badan
  • Melegakan simptom sembelit
  • 20 kali kuasa penguraian yang efektif

 

Walaupun dipanggil agen detoks, BOOMBA tidak akan menyebabkan anda sakit perut atau cirit birit selepas minum. Hal ini kerana minuman  ini menggunakan bahan semula jadi yang tidak mempunyai sebarang kesan sampingan!

 

9 Bahan Semula Jadi  BOOMBA BARDOX Untuk Kesan Detoks Yang Menakjubkan

 

Apakah kandungan yang membuatkan minuman ini bukan sahaja membuang toksin dari badan malah membantu membakar kalori dan lemak untuk mengurangkan kegemukan dan melangsingkan badan?

 

Minuman detoks ini diperbuat daripada bahan semula jadi, iaitu:

  • Kurkumin: Mengawal metabolisme alkohol untuk melindungi hati. Juga berfungsi mengurangkan kesan mabuk.
  • Susu bunga thistle: Melindungi hati dari toksin dengan membentuk lapisan perlindungan sekeliling sel-sel hati.
  • L-glutathione: Mengekalkan fungsi imuniti badan serta mempunyai kesan detoksifikasi dan antioksidan.
  • L-cysteine: Melindungi hati dari kerosakan akibat toksin.
  • Buah markisa: Menghalang pertumbuhan mikroorganisma yang berbahaya dalam usus.
  • Limau: Kaya dengan vitamin C, menyingkirkan toksin dari darah supaya kulit menjadi berseri dan kurang kedutan.
  • Ekstrak buah peria: Mempunyai saponin yang berfungsi menggalakkan pengeluaran insulin untuk mengawal tahap gula dalam darah dan mengurangkan lemak badan.
  • Multi seperti amylase, protease, lipase:  amylase mengurai kanji kepada glukos sebagai bekalan tenaga.  protease mengurai protein kepada molekul amino asid kecil untuk proses penyerapan lebih cepat bagi membina sel-sel badan. Lipase pula mengurai lemak untuk memudahkan penghadaman.
  • Aloe vera: Kaya dengan niasin dan vitamin B6 untuk mencegah keradangan dan memulihkan mukosa gastrik (lapisan perut).

 

Kesimpulannya, BARDOX BOOMBA enzim diperbuat daripada bahan yang penuh nutrisi dan senang diserap untuk mengekalkan kesihatan hati dengan membuang toksin dari badan secara semula jadi dan selamat.

 

Cara Menikmati BARDOX BOOMBA ENZIM

BOOMBA adalah jenis tablet yang mudah larut dan boleh diambil seperti makan gula-gula atau tablet bersama air.  Jika diambil sebagai minuman, hanya larutkan satu tablet BOOMBA dalam segelas air putih 200 ml dan minum – begitu senang caranya untuk detoks!

 

BOOMBA paling baik diambil selepas makan dan sebelum tidur. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari dua tablet sehari.

 

Gaya Hidup Sihat Bermula Dengan BARDOX BOOMBA ENZIM!

Jadikan hidup anda lebih sihat dan ceria bersama BARDOX BOOMBA ENZIM! Sumber: byrdie.com

 

Amalan detoks untuk gaya hidup yang lebih sihat bukanlah sesuatu yang susah dengan adanya minuman BOOMBA Enzim ini.

 

Kaya dengan sembilan bahan semula jadi dan selamat yang berfungsi meningkatkan daya ketahanan badan, melindungi hati melalui pembuangan toksin dari badan, membuatkan kulit lebih berseri, memberi tenaga serta mempercepatkan metabolisme pembakaran lemak dan alkohol, janganlah ketinggalan manfaat minuman detoks hebat ini!

 

Nak tahu di mana anda boleh beli BARDOX BOOMBA ENZIM? Layarilah laman web mereka di bardox untuk pertanyaan lanjut. Anda juga boleh memuat turn aplikasi BARDOX mereka untuk menyemak pesanan anda.

 

Marilah kita mulakan gaya hidup lebih sihat bersama BARDOX BOOMBA ENZIM sekarang!